Kelas Mastery Jaguh Canva ini menawarkan pembelajaran daripada tahap asas sehinggalah mahir kepada para peserta seperti pemula perniagaan, industri makanan & minuman, pakaian, barangan rumah, gadget accessories, automotif, ejen jualan dan takaful, guru, pensyarah dan pelajar, dan sesiapa saja yang memang berminat untuk belajar menggunakan aplikasi Canva.
Aplikasi Canva merupakan suatu aplikasi untuk menghasilkan design seperti poster, banting, risalah, slaid presentation dengan cara yang mudah, masa yang singkat, menarik dan kreatif. Selain itu, Canva juga boleh menghasilkan animasi video yang menarik serta tugasan untuk menghasilkan bahan-bahan yang melibatkan proses percetakan.
Berbeza dengan kelas-kelas yang lain, Kelas Mastery Jaguh Canva ini menawarkan pembelajaran berkaitan dengan ilmu asas design dan teknik OCSCS yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu design supaya nampak cantik dan menarik. Teknik ini juga boleh digunakan untuk tugas-tugasan yang lain.
Di dalam kelas ini, anda akan mempelajari 12 Modul dengan 41 video topik pembelajaran. Di akhir pembelajaran ini, anda akan dianugerahkan sijil pembelajaran tamat kursus.
Zainal Akmal
3 months agoHanis Liyana
3 months ago