

Kelas Mastery Jaguh Canva direka khas untuk membantu peserta belajar dari asas hingga mahir dalam menghasilkan reka bentuk kreatif menggunakan aplikasi Canva. Ia sesuai untuk pemilik bisnes, ejen jualan, usahawan industri makanan, pakaian, barangan rumah, aksesori, automotif, guru, pensyarah, pelajar dan sesiapa saja yang ingin mahir dalam dunia design digital.
Canva ialah aplikasi reka bentuk yang mudah digunakan untuk mencipta poster, banner, risalah, slaid pembentangan dan animasi video. Ia menjimatkan masa, mesra pengguna dan sesuai untuk tujuan digital serta percetakan.
Tidak seperti kelas biasa, kelas ini menekankan asas ilmu design dan teknik khas OCSCS — satu pendekatan praktikal penuh yang membantu anda hasilkan design yang kemas, seimbang dan menarik. Teknik ini juga boleh digunakan untuk pelbagai tugasan lain seperti konten media sosial, bahan cetakan, atau presentation.
Dalam kelas ini, Peserta akan belajar penggunaan Canva dari A hingga Z, termasuk cara menghasilkan poster, risalah, slaid pembentangan dan konten media sosial, serta teknik susun atur, kombinasi warna, penggunaan elemen visual yang menarik, dan juga penerapan Canva AI dan Canva Sheets untuk memudahkan proses reka bentuk secara automatik dan lebih sistematik.