

Kelas Mastery Editing CapCut ini direka khas untuk bantu anda belajar edit video dari asas hingga mahir — sesuai untuk usahawan, ejen jualan, pendidik, pelajar dan sesiapa saja yang nak kuasai video pendek untuk promosi atau content.
CapCut merupakan aplikasi editing video yang sangat popular dalam kalangan pengguna TikTok. Dengan CapCut, anda boleh potong video, tambah efek menarik, letak muzik, teks dan pelbagai elemen kreatif — terus dari telefon anda.
Ramai content creator TikTok guna CapCut untuk hasilkan video yang viral dan masuk FYP. Tak perlu susah-susah guna software berat seperti Adobe Premiere Pro. Dengan CapCut, anda dah boleh buat video berkualiti tinggi yang menarik perhatian di TikTok dan platform lain.
Dalam kelas ini, peserta akan belajar asas penulisan copywriting yang berkesan, cara menarik perhatian audiens melalui posting media sosial, teknik menulis ayat jualan yang meyakinkan, serta strategi menghasilkan kandungan yang mampu membina kepercayaan dan mendorong tindakan pelanggan.