

Kelas Mastery Jaguh Website Canva direka khas untuk usahawan, peniaga online dan content creator yang ingin membina sale page profesional menggunakan Canva lengkap dengan sistem pembayaran dan tracking order tanpa perlu menggunakan website builder yang rumit atau kemahiran teknikal. Dalam kelas ini, anda akan belajar bagaimana mereka bentuk website dan sale page yang kemas dan menarik, menulis ayat yang meyakinkan pelanggan, menyusun tawaran, harga dan bonus dengan strategi yang betul, serta menghubungkan website Canva anda kepada payment gateway seperti Chip dan OnPay supaya pelanggan boleh terus membuat bayaran. Pada akhir kelas ini, anda bukan sekadar mempunyai sebuah sale page, tetapi satu sistem jualan lengkap yang mampu menerima bayaran secara automatik, merekod setiap order dan sedia untuk terus dipromosikan bagi menjana jualan secara konsisten.